

Create Your Perfect Uniform
BELI IKUT KATEGORI

Biar kami hasilkan pakaian yang sempurna untuk mencerminkan jenama, semangat berpasukan dan gaya peribadi anda. Terdapat pelbagai pilihan cetakan pada baju dan sulaman logo yang kemas untuk uniform anda.

Kami ada pelbagai pilihan untuk baju dan uniform anda. Cetakan silkscreen, heatpress, sublimation jersi, korporat uniform dan sulaman logo berkomputer.
Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk lanyard, topi, towel, button badges, patch dan banyak lagi.

Tempahan bermula dari sehelai. Ya, sehelai baju pun boleh tempah dengan kami. Apa yang penting anda tahu apa yang anda mahukan. Fahami design yang anda mahu supaya mudah untuk kami hasilkan dan nilaikan harga. Ini juga bergantung pada baju dan kaedah cetakan.

Pelanggan yang tiada design untuk tempah kami boleh bantu buatkan untuk anda. Berikan kami pendapat atau idea anda atau boleh pilih design yang kami ada.
